Tuesday, 5 June 2012

S~A~H~A~B~A~T ;')

Malam yg hening nie tetiba aq trengat pada insan yg bergelar SAHABAT . Sungguh aq merindui sahabatku . Dalam aq mencari erti kehidupan , mencari nilai sebuah hubungan , mencari makna kasih sayang , dia datang bagaikan anugerah yg tiada tandingan . Hadirnya tanpa ku sedar tp perginya membuatku separa sedar . Banyak yg ku pelajari sejak ku mengenali sahabatku ini . Segala baik buruk ku tak penah di runguti malahan tak jemu2 dia melayan kerenahku . Tersentuh hati berderai airmata pabila mengenangkan saat2 kami bahagia menyelami alam persekolahan yg penoh dgn sifat keremajaan . Indahnya perkenalan ku bersamanya . Syukurku yg ta terhingga ku panjatkan kepadaMu Yang Maha Esa krn memberi peluang utkku mengenali hambaMu yg begitu tulus hatinya . Keikhlasannya, kejujurannya, kesetiaannya dan kesopanannya cukup membuatkan sesiapa saja tidak mahu berpaling darinya . 

Ya Allah, sungguh aku merindui sahabatku .

Sekiranya tgnku bisa memutarkan roda masa akan ku pastikan sahabatku bahagia berada bersamaku . Akan ku pastikan tiada sedikit calar pun di hatinya . Akan ku kawal setiap tutur kata supaya dia tidak terluka olehku . 

SAHABAT, moga persahabatan kita dirahmati dan berkekalan dunia akhirat . Amin . ;')

No comments:

Post a Comment